Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis geledah 'rumah selamat' Najib di Putrajaya

Rumah dua tingkat di Putrajaya, yang dipercayai "rumah selamat" mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, digeledah polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis geledah 'rumah selamat' Najib di Putrajaya

'Rumah selamat' yang dipercayai milik Najib Razak. (Gambar: Malay Mail)

Diterbitkan : 11 Jun 2018 04:15PM Dikemas Kini : 11 Jun 2018 04:17PM

KUALA LUMPUR: Rumah dua tingkat di Putrajaya, yang dipercayai "rumah selamat" mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, digeledah polis.

Beberapa pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil kelihatan berada di kediaman itu, yang terletak sekitar 300 meter dari Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri.

Tiga kereta Proton Preve dengan tanda Polis Diraja Malaysia yang sering digunakan oleh para penyiasat diletakkan di luar rumah itu.

Encik Najib kini dicengkam dengan pelbagai isu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan bagaimana Barisan Nasional kecundang buat pertama kali dalam sejarah politik Malaysia.

Polis bersenjata menyerbu kediaman keluarga Encik Najib bulan lalu, satu insiden yang mendapat perhatian ramai dengan senario yang tidak dijangkakan disiarkan secara langsung.

Serbuan itu adalah berkaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang membelenggu Encik Najib sejak 2015.

Tindakan polis dikritik oleh sesetengah ahli politik dari Pakatan Harapan meskipun Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan pihak berkuasa.

Skandal berjuta-juta dolar 1MDB yang diasaskan Encik Najib disiasat polis di sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Amerika Syarikat dan Singapura. Encik Najib menafikan sebarang salah laku dan sebaliknya mengatakan bahawa semua yang berlaku adalah berdasarkan "dendam politik" di tengah-tengah siasatan rasuah 1MDB.  

Sumber : Today/Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan