Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis England mengenal pasti suspek Novichok sebagai warga Rusia

Jabatan-jabatan kerajaan dan unit antipengganas Polis Metropolitan yang sedang menyiasat kes keracunan itu, enggan mengulas mengenai laporan tersebut ketika dihubungi oleh AFP.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis England mengenal pasti suspek Novichok sebagai warga Rusia

(Gambar: REUTERS/Toby Melville)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 10:30AM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 10:34AM

LONDON: Polis Britain percaya mereka sudah mengenal pasti para suspek yang melakukan serangan agen saraf Novichok ke atas bekas ejen risikan Moscow dan anak perempuannya.

Polis percaya para suspek merupakan warga Rusia. Demikian menurut agensi berita Press Association pada hari Khamis (19 Jul).

"Para penyiasat percaya mereka sudah mengenal pasti orang-orang yang disyaki terlibat dalam serangan Novichok menerusi CCTV dan sudah memeriksa rekod orang-orang yang memasuki negara tersebut sekitar waktu itu," satu sumber yang maklum tentang siasatan itu memberitahu agensi berita Britain tersebut.

"Mereka (para penyiasat) yakin mereka (suspek) ialah warga Rusia," tambah sumber itu.

Jabatan-jabatan kerajaan dan unit antipengganas Polis Metropolitan yang sedang menyiasat kes keracunan itu, enggan mengulas mengenai laporan tersebut ketika dihubungi oleh AFP.

Bagaimanapun Menteri Keselamatan Ben Wallace menulis di Twitter: "Saya berpendapat ini adalah maklumat tidak lengkap dan spekulasi tidak berasas."

Kedutaan Rusia di London menyokong mesej menteri itu dan menggesa Britain "untuk melakukan siasatan dengan cara yang telus untuk mengelakkan khabar angin dan maklumat dibocorkan". 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan