Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis China mula siasatan baru terhadap vaksin yang tamat tarikh luput

Pihak polis di wilayah Jiangsu di bahagian timur China melancarkan satu siasatan selepas sekurang-kurangnya 145 kanak-kanak diberikan suntikan vaksin polio yang sudah tamat tarikh luput, menurut akhbar Global Times hari ini (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis China mula siasatan baru terhadap vaksin yang tamat tarikh luput

Gambar fail seorang jururawat menyediakan vaksin untuk seorang kanak-kanak di sebuah hospital di Beijing, China. (Gambar: Damir Sagolj/Reuters)

Diterbitkan : 14 Jan 2019 10:46AM Dikemas Kini : 14 Jan 2019 10:49AM

SHANGHAI: Pihak polis di wilayah Jiangsu di bahagian timur China melancarkan satu siasatan selepas sekurang-kurangnya 145 kanak-kanak diberikan suntikan vaksin polio yang sudah tamat tarikh luput, menurut akhbar Global Times hari ini (14 Jan). Ia merupakan kejadian terbaru dalam siri skandal yang dihadapi sektor tersebut sejak tahun lalu.

Para penduduk, termasuk ibu bapa kanak-kanak tersebut, menghalang kenderaan-kenderaan dan menggangu ketenteraman awam sedang mereka berhimpun di luar pejabat-pejabat daerah Jinhu pada Jumaat (11 Jan), lapor akhbar tersebut.

Tiga orang diberkas, menurut polis dalam satu kenyataan.

Vaksin itu diberikan pada 7 Januari, meskipun tarikh luputnya adalah 11 Disember, lapor akhbar berkenaan sambil menambah bahawa pihak berkuasa pemerintah tempatan sudah menubuhkan sebuah pasukan siasatan khas untuk menyiasat perkara tersebut. Menurut Global Times, 17 orang sudah dihukum.

China berkali-kali berikrar untuk mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat dan para pegawai yang terlibat dalam skandal makanan dan dadah. Pada Ahad (13 Jan), ia menyatakan keselamatan makanan dan kesihatan akan menjadi keutamaan negara itu dalam kempen-kempen antirasuahnya tahun ini.

Syarikat penghasil vaksin China, Changsheng Bio-technologu Co Ltd, terlibat dalam satu skandal tahun lalu selepas ia didapati memalsukan data bagi vaksin penyakit anjing gila. Akibatnya, syarikat berkenaan dikenakan denda 9.1 bilion yuan (S$1.83 bilion).

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan