Polis cari 12 individu langgar SOP makan durian berkumpulan di Johor
Polis sedang mengesan 12 individu dalam sebuah video yang tular memaparkan mereka sedang berkumpul dan makan durian di sebuah pondok di tepi sungai di sebuah kampung di Skudai.
JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan 12 individu dalam sebuah video yang tular memaparkan mereka sedang berkumpul dan makan durian di sebuah pondok di tepi sungai di sebuah kampung di Skudai.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata hasil siasatan mendapati video yang tular itu dimuat naik ke Facebook.
Kandungan video itu jelas memaparkan 12 individu sedang makan durian secara berkumpulan yang jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP).
"Kumpulan individu tersebut juga jelas tidak mematuhi penjarakan sosial dan tiada menggunakan pelitup muka seperti yang ditetapkan SOP," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (19 Jul).
Pada Ahad (18 Jul), tular satu video berdurasi 2 minit 17 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita makan durian beramai-ramai namun lokasinya tidak diketahui.
Rupiah berkata kes akan disiasat di bawah Perkara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 yang memperuntukkan denda RM4,000 (S$1,292).
Katanya lagi, kes itu juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, jika sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 (S$16,129) atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.
Pihaknya menyeru orang ramai supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.