Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis buru lelaki disyaki rogol, lacurkan anak perempuan 13 tahun

Polis Malaysia sedang memburu seorang lelaki untuk membantu dalam siasatan berkaitan dakwaan merogol dan melacurkan anak perempuannya berusia 13 tahun di rumah mereka di Kajang selama tiga tahun. 

Anggaran Waktu Membaca:
Polis buru lelaki disyaki rogol, lacurkan anak perempuan 13 tahun

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 12 Jul 2020 10:18PM Dikemas Kini : 12 Jul 2020 10:20PM

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia sedang memburu seorang lelaki untuk membantu dalam siasatan berkaitan dakwaan merogol dan melacurkan anak perempuannya berusia 13 tahun di rumah mereka di Kajang selama tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata tingkah laku suspek yang kasar dan ganas dilaporkan makcik mangsa pada Sabtu (11 Jul) selepas mendapat tahu tentang insiden tersebut awal bulan ini.

“Siasatan awal menunjukkan mangsa dipercayai telah dirogol oleh bapa kandungnya ketika dia berusia 10 tahun dan ibu kanak-kanak itu tahu tentang perkara tersebut tetapi tiada mengambil sebarang tindakan. Ini setelah suspek berjanji untuk tidak mengulangi tindakannya," kata ACP Mohd Zaid dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya perbuatan keji itu dilakukan antara pertengahan 2019 hingga Februari tahun ini dan suspek didakwa memaksa mangsa untuk melayan lebih 20 pelanggan yang dibawa pulang oleh bapanya ke rumah mereka.

“Suspek dipercayai membawa pelanggan ke rumah mereka dan memaksa mangsa untuk memenuhi nafsu seks mereka tetapi tiada bayaran diterima daripada mereka," kata beliau.  

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan