Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis buru 2 lelaki yang baling bom ke dalam surau semasa jemaah solat subuh

Polis sedang mengenal pasti dua lelaki yang dipercayai mencampakkan satu bom petrol (molotov cocktail) ke dalam kawasan surau di Damansara Damai, Petaling Jaya di sini ketika jemaah sedang menunaikan solat Subuh pada pagi Ahad lepas (19 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis buru 2 lelaki yang baling bom ke dalam surau semasa jemaah solat subuh

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 21 Nov 2017 11:50PM Dikemas Kini : 21 Nov 2017 11:51PM

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengenal pasti dua lelaki yang dipercayai mencampakkan satu bom petrol (molotov cocktail) ke dalam kawasan surau di Damansara Damai, Petaling Jaya di sini ketika jemaah sedang menunaikan solat Subuh pada pagi Ahad lepas (19 Nov).

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu, kesemua jemaah yang sedang menunaikan  solat Subuh dilaporkan selamat kerana bom tersebut tidak meletup.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut ke atas kejadian itu.

“Dua lelaki yang menaiki motosikal dipercayai membaling botol arak yang berisi minyak petrol ke arah surau berkenaan. Identiti suspek masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini (21 Nov).

Kejadian tersebut disedari salah seorang jemaah surau yang baharu selesai menunaikan solat Subuh apabila melihat kesan terbakar pada pintu masuk surau tersebut.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan