Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Britain siasat serangan 5 masjid Birmingham

Seorang lelaki bersenjatakan tukul besi besi memecahkan tingkap di dua masjid bandar kedua Britain di Birmingham manakala tiga lagi dirosakkan semalaman, menurut polis pada Khamis (21 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Mar 2019 02:29PM Dikemas Kini : 22 Mar 2019 10:42PM

LONDON: Seorang lelaki bersenjatakan tukul besi besi memecahkan tingkap di dua masjid bandar kedua Britain di Birmingham manakala tiga lagi dirosakkan semalaman, menurut polis pada Khamis (21 Mac).

Pegawai anti-pengganasan sedang menyiasat serangan ke atas masjid di kawasan-kawasan berbeza di bandar tengah England itu, kata polis West Midlands dalam satu kenyataan.

Tambahnya, insiden itu "dianggap ada kaitan".

“Kami tidak tahu motif serangan malam tadi,"kata Ketua Konstabel, Dave Thompson dalam satu kenyataan.

"Pihak polis dan unit antipengganasan bekerjasama untuk mencari pihak bertanggungjawab.”

Para pegawai kali pertama dimaklumkan mengenai kejadian itu awal pagi semalam selepas terima laporan seorang lelaki memecahkan tingkap menggunakan tukul besi di sebuah masjid terbabit, kata polis.

Menyusuli laporan berlakunya serangan sama di satu lagi masjid dalam kejiranan berhampiran, para pegawai melancarkan rondaan sasaran dan menemui ‘kerosakan lanjut’ di dua masjid lain.

Masjid kelima kemudian melaporkan tingkapnya dipecahkan.

“Pegawai forensik berusaha mencari bukti dan rakaman CCTV diteliti,” kata polis West Midlands.

Menurut laporan banci penduduk 2011, kira-kira 22 peratus penduduk Birmingham beragama Islam.

Ketua polis Britain pada minggu lalu mengumumkan, pihaknya menyediakan ‘rondaan jaminan’ di sekitar masjid susulan serangan pengganas ke atas dua masjid New Zealand, minggu lalu.

Kumpulan antiperkauman memberi amaran, sentimen Islamofobia kian meningkat di Britain selain aktiviti haluan kanan di dalam negara.  

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan