Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Britain jumpa sumber agen saraf Novichok dalam botol kecil

Teman Cik Sturgess, Encik Charlie Rowley yang berusia 45 tahun berasal dari Amesbury, sedang beransur pulih di hospital. Amesbury sebuah bandar yang terletak beberapa kilometer dari Salisbury.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Britain jumpa sumber agen saraf Novichok dalam botol kecil

(Gambar: REUTERS/Henry Nicholl)

Diterbitkan : 14 Jul 2018 07:41PM Dikemas Kini : 14 Jul 2018 07:44PM

LONDON: Polis antipengganasan Britain menyatakan pada Jumaat (13 Jul) bahawa mereka percaya pihaknya sudah menjumpai sumber agen saraf Novichok yang membunuh seorang wanita di barat daya England dan mengakibatkan temannya berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Cik Dawn Sturgess, 44 tahun, meninggal dunia bulan ini, hanya seminggu setelah beliau terdedah kepada Novichok berdekataan bandar Salisbury, kawasan di mana agen riskan Rusia Sergia Skripal dan anak perempuannya, Yulia turut terdedah kepada racun yang sama pada Mac lalu.

Teman Cik Sturgess, Encik Charlie Rowley yang berusia 45 tahun berasal dari Amesbury, sedang beransur pulih di hospital. Amesbury sebuah bandar yang terletak beberapa kilometer dari Salisbury.

"Pada Rabu (11 Jul) ... sebuah botol kecil dijumpai semasa penggeledahan di rumah Encik Charlie di Amesbury," menurut polis dalam satu kenyataan. "Para saintis sudah mengesahkan kepada kami bahawa bahan yang terdapat dalam botol itu adalah Novichok."

Lebih banyak lagi ujian sedang dijalankan untuk cuba mengenal pasti sama ada ia daripada proses kelompok yang sama yang mencemari keluarga Skripal dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesahkan dari mana datangnya botol itu, tambah kenyataan tersebut.

"Ini adalah kemajuan yang penting dan positif. Bagaimanapun, kita tidak boleh menjamin bahawa tiada lagi bahan seperti itu," kata Encik Neil Basu, ketua polis antipengganasan.

Beliau enggan mendedahkan maklumat lanjut mengenai botol itu, tetapi polis berkata bahawa siasatan masih lagi dijalankan untuk mengenal pasti dari mana botol itu muncul dan bagaimana Encik Rowley mendapatnya.

Ujian lanjut sedang dijalankan untuk memeriksa sama ada Novichok tersebut daripada proses kelompok yang sama seperti yang disapukan di pintu depan rumah keluarga Skripal di Salisbury. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan