Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis berkas lelaki dakwa terlibat video seks sejenis dengan 'menteri'

Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki yang mengaku sebagai individu dalam video lucah yang turut mengaitkan seorang menteri Kabinet, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, petang ini (14 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Polis berkas lelaki dakwa terlibat video seks sejenis dengan 'menteri'

Petikan skrin dari video Facebook Haziq Aziz.

Diterbitkan : 14 Jun 2019 11:12PM Dikemas Kini : 14 Jun 2019 11:16PM

KUALA LUMPUR: Haziq Abdullah Abdul Aziz, lelaki yang mengaku sebagai individu dalam video lucah yang turut mengaitkan seorang menteri Kabinet, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, petang ini (14 Jun).

Menurut laporan Bernama, tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama itu ditahan bagi mengambil keterangan dan membantu siasatan kes video yang dikaitkan dengan dirinya.

“Bukit Aman akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung perkara itu,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, menurut Bernama, Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat Santubong berusia 27 tahun itu tampil membuat pengakuan menerusi satu video yang dikongsinya dalam media sosial bahawa dia terbabit dalam video intim bersama lelaki mirip seorang menteri.

Penangkapan Haziq Abdullah itu menyusuli aduan polis yang dibuat setiausaha politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Mohamed Azmin Ali, pada Khamis di Putrajaya, yang dikatakannya sudah memadai untuk pihak berkuasa menyiasat mengenai penularan video lucah yang cuba dikaitkan dengannya.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Bernama/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan