Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis berkas 16 suspek kes penculikan ahli perniagaan JB

Seorang ketua kumpulan kongsi gelap Gee Tiong Seng antara 16 suspek yang ditahan polis kerana terlibat dalam penculikan seorang ahli perniagaan di Gelang Patah.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis berkas 16 suspek kes penculikan ahli perniagaan JB

Gambar fail gari tangan. (Gambar: Michelle Shephard/AFP)

Diterbitkan : 08 Feb 2019 10:36AM Dikemas Kini : 08 Feb 2019 10:38AM

JOHOR BAHRU: Seorang ketua kumpulan kongsi gelap Gee Tiong Seng antara 16 suspek yang ditahan polis kerana terlibat dalam penculikan seorang ahli perniagaan di Gelang Patah.

Pada 27 Jan, seorang ahli perniagaan eksport sayur-sayuran ke Singapura diculik dua lelaki bertopeng ketika sedang berlari-lari anak di Jalan Gelang Patah pada sekitar 7.00 pagi.

Ketua Polis Johor Mohd Khalil Kader Mohd berkata kesemua suspek melibatkan 13 lelaki dan tiga wanita itu ditahan di lokasi berasingan selepas mangsa dibebaskan pada 31 Jan.

"Kesemua suspek yang ditahan adalah rakyat Malaysia berusia lingkungan 21 tahun hingga 59 tahun.

"Lima daripada suspek yang ditahan merupakan ahli kongsi gelap Gee Tiong Seng dan Ah Hor, dengan seorang merupakan Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Gee Tiong Seng," kata Encik Mohd Khalil.

Kumpulan kongsi gelap berkenaan dipercayai bergerak aktif sejak 2010 di sekitar kawasan Tun Aminah dalam aktiviti perjudian dan pemerasan. Hasil siasatan turut mendapati lima suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Selain itu, pihaknya juga mengesan baki suspek yang masih bebas serta menyemak rekod-rekod kes pemerasan lampau menggunakan senjata api untuk mengenal pasti sejauh mana penglibatan mereka.

"Wang tunai RM108,188 (S$36,000) dan dua kenderaan yang dipercayai digunakan oleh kumpulan ini turut dirampas semasa penculikan," tambah Encik Mohd Khalil.

Ketika ditanya mengenai motif penculikan, beliau berkata suspek dipercayai ingin mendapatkan wang bagi membayar hutang. Mangsa menjadi sasaran kerana beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai wang yang banyak.

Kesemua suspek direman sehingga 11 Feb ini.

Seorang daripada suspek turut melepaskan satu das tembakan dipercayai menggunakan pistol 9mm berdasarkan kelongsong peluru yang ditemui polis di tempat kejadian.

Mangsa berusia 57 tahun dibebaskan lima hari kemudian (31 Jan) dalam keadaan selamat selepas keluarganya membayar wang tebusan RM1,097,650 (S$360,000). Baki wang tebusan yang hilang masih lagi cuba dikesan. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan