Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Australia siasat bungkusan mencurigakan dihantar ke kedutaan asing

Polis Australia sedang menyiasat bungkusan mencurigakan yang dihantar ke beberapa kedutaan dan konsulat asing di Melbourne dan Canberra.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Jan 2019 04:20PM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 11:22PM

MELBOURNE: Polis Australia sedang menyiasat bungkusan mencurigakan yang dihantar ke beberapa kedutaan dan konsulat asing di Melbourne dan Canberra.

Menurut pihak polis, pihaknya sedang memeriksa bungkusan-bungkusan yang dipercayai mengandungi bahan-bahan berbahaya.

Beberapa konsulat di Melbourne, bandar kedua terbesar Australia dikosongkan hari (9 Jan). Namun, tiada laporan jika bungkusan itu menjejaskan mana-mana kakitangan.

Laman internet Kerajaan menunjukkan sekurang-kurangnya 10 kejadian melibatkan bahan berbahaya.

Meskipun polis Australia tidak mendedahkan tujuan kiriman tersebut, sebuah akhbar Australia melaporkan konsulat Britain, New Zealand, India, Jepun, Pakistan, Korea Selatan, Jerman, Greece, Sepanyol, Seychelles, Switzerland, Croatia dan Mesir, telah menjadi sasaran.

Kejadian ini berlaku sehari selepas polis di Sydney memintas penghantaran sebuah bungkusan mencurigakan ke konsulat Argentina di bandar tersebut. 

Sumber : Agensi berita/AA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan