Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis Arab Saudi beri bunga mawar kepada pemandu wanita pada hari bersejarah

Pada malam bersejarah, ketika larangan memandu terhadap wanita dimansuhkan di Arab Saudi, para pegawai polis mewarnai lagi hari wanita-wanita yang memandu buat pertama kali, dengan kuntuman bunga mawar.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis Arab Saudi beri bunga mawar kepada pemandu wanita pada hari bersejarah

(Gambar: @Saudi_GoodNews/ Twitter)

Diterbitkan : 25 Jun 2018 08:55AM Dikemas Kini : 25 Jun 2018 09:19AM

ARAB SAUDI: Pada malam bersejarah, ketika larangan memandu terhadap wanita dimansuhkan di Arab Saudi, para pegawai polis mewarnai lagi hari wanita-wanita yang memandu buat pertama kali, dengan kuntuman bunga mawar.

Lebih menarik lagi, papan-papan tanda di Arab Saudi juga dipasang bagi meraikan hari tersebut, lapor agensi berita Arabian Business. Di papan tanda yang dipasang, tertulis: "Kami harap anda sentiasa memandu dengan selamat."

Gambar-gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan nota kecil yang turut diberikan kepada golongan pemandu wanita. Nota-nota itu diberikan sebagai tanda ucap selamat kepada mereka.

Penarikan semula larangan itu adalah sebahagian daripada usaha Putera Mahkota Mohammed Salman untuk memodenkan negara pengeluar minyak itu.
Bagaimanapun, ia diadakan selepas operasi besar-besaran ke atas aktivis wanita yang sejak sekian lama menentang larangan memandu ke atas golongan wanita di Arab Saudi, lapor Arabian Business.

Sekurang-kurangnya 10 wanita ditahan kerana berkempen meminta hak kaum wanita, memandu kereta di negara itu.

Pihak berkuasa Saudi mendakwa wanita-wanita itu "mempunyai hubungan yang mencurigakan" dengan pihak asing yang cuba menggugat keselamatan negara.

Ramai wanita juga mendedahkan bahawa mereka menjangkakan bantahan oleh golongan konservatif yang bertahun-tahun mendakwa langkah membenarkan kaum wanita memandu sebagai satu "dosa". 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan