Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis antirusuhan dikerah ke pusat kiraan undi Ayer Hitam

Polis antirusuhan dikerahkan ke pekarangan pusat kiraan undi di Ayer Hitam, Johor pada Rabu malam (9 Mei) selepas orang ramai dilihat menghalang kereta-kereta daripada memasuki kawasan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis antirusuhan dikerah ke pusat kiraan undi Ayer Hitam

Polis antirusuhan di luar pusat kiraan undi, Ayer Hitam. (Gambar: Justin Ong)

Diterbitkan : 10 May 2018 02:20AM Dikemas Kini : 10 May 2018 02:29AM

AYER HITAM, Johor: Polis antirusuhan dikerahkan ke pekarangan pusat kiraan undi di Ayer Hitam, Johor pada Rabu malam (9 Mei) selepas orang ramai dilihat menghalang kereta-kereta daripada memasuki kawasan itu.

Beratus-ratus orang dilihat mengelilingi kereta-kereta berkenaan, sambil melaungkan "Bersih" dan melambai-lambai ke arah kenderaan-kenderaan tersebut. Komen-komen yang dikeluarkan menggambarkan seolah-olah terdapat keprihatinan bahawa keputusan yang memihak pembangkang tidak disahkan oleh para pegawai.

Selepas polis antirusuhan tiba di pusat itu, para pegawai cuba menyuraikan dan menenangkan keadaan. Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan pergelutan antara pihak polis dengan orang ramai.

Menyusuli pergelutan itu, calon DAP yang bertanding bagi kerusi Yong Peng, Chew Peck Choo, tetap kelihatan tenang dan menyeru orang ramai supaya bertenang. Orang ramai bersorak selepas beliau menggesa mereka supaya bersurai dan pulang ke rumah masing-masing, dengan ramai daripada mereka mendengar nasihatnya.

Seorang saksi turut menyuarakan keprihatinan mengenai kenderaan-kenderaan yang memasuki pusat tersebut.

Seorang saksi, Azman, berkata beliau "tidak pernah menyangka akan menyaksikan keadaan seperti itu."

Salah seorang pengundi di Yong Peng, yang ke pusat tersebut bagi menantikan keputusan pilihan raya, berkata para pegawai polis "bersikap tidak sopan" namun memuji profesionalisme polis antirusuhan.

Rusuhan tersebut berlaku semasa proses kiraan undi sedang dijalankan di merata negara. 

Kesemua 222 kerusi parlimen dipertandingkan dalam pilihan raya kali ini, bersama 505 kerusi DUN. Hampir 14.5 juta rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, dengan 8,253 pusat mengundi disediakan. 

Sumber : CNA/AI/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan