Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polis akan siasat rakaman prosiding kes Najib Razak yang tular online

Polis akan membuka kertas siasatan berhubung penularan satu klip video dipercayai daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Najib Razak yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook.  

Anggaran Waktu Membaca:
Polis akan siasat rakaman prosiding kes Najib Razak yang tular online

Encik Najib Razak. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 04:10PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 04:13PM

KUALA LUMPUR: Polis akan membuka kertas siasatan berhubung penularan satu klip video dipercayai daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Najib Razak yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook.

Ketua Polis Kuala Lumpur Encik Mazlan Lazim berkata bagaimanapun memandangkan tiada laporan polis dibuat setakat ini berhubung perkara itu, pihaknya akan membuat laporan maklumat awal (FIR) terlebih dahulu bagi membuka laluan siasatan.

“Laporan ini bagi mendapatkan maklumat awal untuk membolehkan siasatan dijalankan berhubung penularan video berkenaan.

“Polis akan siasat terlebih dahulu bagi melihat apa kesalahan yang ada," katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra bersama penduduk Segambut, di Taman Sri Segambut, hari ini (20 Apr).

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Cik Hannah Yeoh.

Semalam (19 Apr), video sepanjang dua minit 12 saat bertajuk ‘Hari kelima perbicaraan Encik Najib’ memaparkan rakaman peguam Encik Najib, Encik Muhammad Shafee Abdullah menyoal saksi tular menerusi media sosial.

Difahamkan rakaman itu dimuat naik menerusi akaun Facebook bekas pegawai khas Encik Najib, Encik Isham Jalil pada tengah hari semalam dan sudah ditonton lebih 227,000 kali selain dikongsi lebih 3,700 akaun Facebook dan mendapat lebih 1,900 komen.

Rakaman CCTV itu dipercayai sedutan prosiding hari kelima Encik Najib di Mahkamah Kuala Lumpur pada Khamis lalu.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan