Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Polemik isu tulisan jawi akibat sifat fobia, kata Mufti Perlis

Polemik berhubung tulisan jawi yang timbul baru-baru ini adalah akibat rasa fobia masyarakat bukan Islam terhadap perkara yang "dianggap mempunyai hubungan dengan Islam", menurut Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Anggaran Waktu Membaca:
Polemik isu tulisan jawi akibat sifat fobia, kata Mufti Perlis

Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Gambar: Facebook/Dr MAZA)

Diterbitkan : 09 Aug 2019 11:51PM Dikemas Kini : 09 Aug 2019 11:58PM

MALAYSIA: Polemik berhubung tulisan jawi yang timbul baru-baru ini adalah akibat rasa fobia masyarakat bukan Islam terhadap perkara yang "dianggap mempunyai hubungan dengan Islam".

Demikian menurut Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin seperti dilaporkan Malaysiakini.

Dr Mohd Asri menerangkan, isu itu disebabkan wujud salah faham di kalangan golongan bukan Islam bahawa tulisan Jawi dianggap seperti mahu mengislamkan mereka, sedangkan tulisan itu bukanlah berkaitan agama.

Beliau menukil contoh perbezaan antara perkara yang berkait hubung dengan budaya masyarakat, dengan perkara-perkara berkaitan agama.

“Kita menyatakan dia tak ada hubungan (dengan agama). Macam songkok, di India pakai, nabi (Muhammad SAW) tak pakai songkok. Baju Melayu, samping, bukan mewakili agama. Ia pakaian Melayu.

“Tulisan Jawi itu ialah tulisan bangsa Melayu, tapi sebahagian mereka (bukan Islam) anggap seolah-olah cuba mengislamkan mereka. Ini yang salah," kata Dr Asri seperti dilaporkan Malaysiakini.

“Dan saya rasa ada mcm satu kebencian terhadap perkara yang berhubung dengan agama, sehingga (perkara) yang bukan agama pun diasangkakan agama, dan dibenci,” katanya ketika menyampaikan kuliah di Masjid Alwi, Kangar pada Khamis (8 Ogos).

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan awam yang menyakan tentang “isu tulisan Jawi yang diperjuangkan sekarang”.

Isu tulisan Jawi menjadi kontroversi bulan lalu apabila cadangan kerajaan Malaysia memperkenalkan tulisan jawi dalam kurikulum Tahun 4 Bahasa Malaysia di sekolah mendapat tentangan akar umbi DAP dan NGO Cina.

Malaysiakini melaporkan, Dr Asri menambah bahawa tulisan Jawi tidak seharusnya dilihat sebagai mewakili agama Islam kerana selain diasaskan daripada huruf Arab, ia turut mempunyai pengaruh Parsi terhadap beberapa huruf yang tiada dalam sistem huruf Arab.

Beliau menambah, sistem huruf Arab tidak semestinya mewakili agama Islam semata-mata.

“Huruf tak mewakili apa-apa. Di negara Arab, Bible (ditulis) dalam bahasa Arab. Penyanyi-penyanyi rock dan dangdut Arab menyanyi dalam bahasa Arab," jelas beliau lagi.

“Lagu-lagu, buku-buku yang menentang Islam di kalangan orang Arab, dalam bahasa apa? Bahasa Arab,” jelasnya lagi.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan