Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pokok yang ditanam Presiden Macron dan Trump 'tiba-tiba hilang'

Presiden Perancis Emmanuel Macrom meraikan hubungan istimewa antara Amerika Syarikat dengan Perancis semasa lawatan rasminya ke Washington minggu lalu dengan menanam pokok bersama Presiden Donald Trump di pekarangan Rumah Putih.

Anggaran Waktu Membaca:
Pokok yang ditanam Presiden Macron dan Trump 'tiba-tiba hilang'

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Apr 2018 09:23AM Dikemas Kini : 30 Apr 2018 09:27AM

WASHINGTON: Presiden Perancis Emmanuel Macrom meraikan hubungan istimewa antara Amerika Syarikat dengan Perancis semasa lawatan rasminya ke Washington minggu lalu dengan menanam pokok bersama Presiden Donald Trump di pekarangan Rumah Putih.

Namun, pokok oak itu hilang.

Jurugambar-jurugambar Rumah Putih menyedari pokok itu 'hilang' beberapa hari selepas ia ditanam, menjadikan insiden itu sebagai satu misteri.

Malah, pokok berkenaan, dari Belleau Wood di Perancis di mana lebih 2,000 askar Amerika gugur dalam Perang Dunia Pertama, dicabut tidak lama selepas ia ditanam.

Ternyata, menurut para pegawai Amerika Syarikat dan Perancis, pokok itu diletakkan dalam kuarantin. Sebabnya, dikuatiri parasit-parasit di pokok itu akan menjejas harta benda Rumah Putih yang lain.

"Ia sebenarnya permintaan khusus daripada Presiden Trump kepada Perancis untuk menanam pokok itu pada hari Presiden (Macron) membuat lawatan," kata seorang pegawai daripada pejabat Encik Macron.

"Sejak itu, ia dikuarantin dan akan ditanam semula di kebun Rumah Putih," katanya lagi. Beliau menambah, "Tidak perlu khuatir, pokok itu masih baik-baik sahaja." 

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan