Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pokok tumbang di Pulau Pinang akibat hujan lebat, angin kencang

Hujan lebat dan angin kencang malam semalam mengakibatkan pokok tumbang di Balik Pulau dan Teluk Bahang

Anggaran Waktu Membaca:
Pokok tumbang di Pulau Pinang akibat hujan lebat, angin kencang

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 09 Aug 2018 07:45PM Dikemas Kini : 09 Aug 2018 07:52PM

GEORGE TOWN: Hujan lebat berserta angin kencang melanda Pulau Pinang malam tadi (8 Ogos), sehingga menumbangkan pokok di beberapa kawasan, lapor Bernama.

Keadaan hujan lebat dan angin kencang pada sekitar 8.45 malam semalam, mengakibatkan pokok tumbang di Balik Pulau dan Teluk Bahang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden A.A Anbalagan berkata bahawa lokasi pokok tumbang di dua lokasi itu adalah berdekatan.

"Lokasi pertama dengan lokasi kedua lebih kurang 500 meter. Kerja pembersihan di lokasi pertama telah selesai. Lokasi kedua Jalan Titi Kerawang menuju ke Teluk Bahang.

"Kerja pembersihan di lokasi kedua tidak dapat dijalankan kerana terdapat kabel elektrik melintang di atas jalan dan pokok tumbang yang besar," kata beliau dalam satu kenyataan, menurut laporan Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan dan arahan penutupan jalan sehingga kerja-kerja selesai sudahpun diatur.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata bahawa tiga buah kereta di Jalan Terengganu dihempap pokok, manakala Pangsapuri Mutiara Idaman 1 di Solok Tengku serta perumahan kerajaan berhadapan Pangsapuri Serina Bay juga terjejas apabila bumbung terbang dan pokok tumbang menyusuli angin kencang tersebut, menurut Bernama.

Sumber : Bernama/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan