Pokok Krismas terapung Rio de Janeiro terbesar di dunia; jadi daya tarikan pengunjung
Ribuan orang berhimpun di lagun Rodrigo de Frietas pada Sabtu (14 Dis) untuk menyaksikan penyalaan pokok Krismas terapung yang terbesar di dunia, di Rio De Janeiro, dengan berlatarbelakangkan satu pertunjukan bunga api cukup memukau.
RIO DE JANEIRO: Ribuan orang berhimpun di lagun Rodrigo de Frietas pada Sabtu (14 Dis) untuk menyaksikan penyalaan pokok Krismas terapung yang terbesar di dunia, di Rio De Janeiro, dengan berlatarbelakangkan satu pertunjukan bunga api cukup memukau.
Setinggi 50 meter, pokok tersebut dipasang dengan sebanyak dua setengah juta bal lampu.
Pokok tersebut pertama kali dibangunkan pada 1996.
Sejak itu, penyalaan lampu sudahpun menjadi salah satu tarikan pelancong terbesar di Rio selain pesta-pesta karnival dan malam tahun baru di pantai Copacabana.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.