Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PN bertegas tidak perlu sampai 3 Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) membuat keputusan bahawa tiada keperluan untuk mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat buat masa ini.

Anggaran Waktu Membaca:
PN bertegas tidak perlu sampai 3 Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Pemandang dewan Parlimen Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Maklumat. (Gambar: KHIRUL NIZAM ZANIL/AFP)

Diterbitkan : 07 Oct 2021 11:36AM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 11:38AM

KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) membuat keputusan bahawa tiada keperluan untuk mewujudkan satu lagi jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat buat masa ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin malah menegaskan, tiada keperluan bagi Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk menambah satu lagi jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada masa ini.

"Kewujudan dua Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat seperti mana yang termaktub dalam Perkara 57(1)(b) Perlembagaan Persektuan adalah memadai bagi tujuan menjamin kelicinan perjalanan mesyuarat Dewan Rakyat.

"Selain itu, peruntukan Perkara 57(3) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan mana-mana Ahli Dewan Rakyat mempengerusikan Mesyuarat Dewan Rakyat pada masa ketiadaan Yang di-Pertua dan Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat juga adalah memadai bagi tujuan menjamin kesempurnaan perjalanan Mesyuarat Dewan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI hari ini (7 Okt).

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, cadangan pindaan perlembagaan itu memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Rakyat.

"Perikatan Nasional berpendirian bahawa persefahaman antara Kerajaan dan pembangkang di Parlimen adalah terhad kepada perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama dan termaktub secara jelas dalam Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara Perdana Menteri dan pimpinan Pakatan Harapan pada 13 September 2021.

"Pindaan Perlembagaan untuk menambah jawatan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak termaktub dalam memorandum persefahaman tersebut," ujarnya.

Justeru, beliau berpandangan adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak untuk menuntut pelaksanaannya.

Atas dasar ini, katanya Perikatan Nasional membuat pendirian untuk tidak menyokong sebarang cadangan pindaan perlembagaan bagi tujuan tersebut.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan