Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Theresa May semakin dapat tentangan parlimen berhubung Brexit

Kesatuan Eropah sudah menandatangani perjanjian untuk Britain keluar daripada kesatuan itu. Namun Perdana Menteri Britain Theresa May, semakin mendapat tentangan di parlimen negaranya serta para anggota parti Konservatif pimpinan beliau berhubung perjanjian itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Nov 2018 09:08PM Dikemas Kini : 26 Nov 2018 10:15PM

BRITAIN: Kesatuan Eropah sudah menandatangani perjanjian untuk Britain keluar daripada kesatuan itu. Namun Perdana Menteri Britain Theresa May, semakin mendapat tentangan di parlimen negaranya serta para anggota parti Konservatif pimpinan beliau berhubung perjanjian itu.

Pemimpin parti Buruh Jeremy Corbyn berkata beliau mahu mengadakan perdebatan secara langsung dengan Cik May mengenai perjanjian Brexit itu. Encik Corbyn berpendapat perjanjian tersebut tidak dikendalikan dengan baik.

EU menyatakan perjanjian untuk berpisah itu dilakar supaya tidak menyebabkan kerugian besar.

Ini termasuk AS$50 bilion ($68.7 bilion) yang perlu dibayar Britain kepada EU bagi membiayai pencen dan projek yang sudah dipersetujui sebelum ini.

Untuk memastikan sempadan antara Ireland dan Ireland Utara kekal terbuka pula, Britain perlu mempunyai perjanjian khas kastam jika perjanjian perdagangan baru tidak boleh dicapai.

Britain juga memberi jaminan kepada Sepanyol bahawa sebarang perjanjian perdagangan yang dibuatnya dengan EU tidak akan secara automatik berkuat kuasa di Gibraltar yang merupakan kawasan jajahan Britain yang terletak di pantai barat Sepanyol.

PM May kini menghadapi cabaran untuk mendapatkan kelulusan Westminster bagi perjanjian itu setelah kebanyakan AP tidak menyokongnya kerana perjanjian itu mengekalkan terlalu banyak perikatan dengan EU.

Ada juga AP yang menolaknya kerana mahukan pungutan suara kedua mengenai Brexit diadakan. EU bagaimanapun menegaskan perjanjian itu adalah yang terbaik yang boleh ditawarkan.

Sekiranya parlimen Britain menolaknya, para pemimpin EU berkata besar kemungkinan perjanjian Brexit akan menemui jalan buntu. Mengikut rancangannya Britain akan keluar dari EU mulai pada tengah malam 29 Mac, waktu Brussels tahun depan.  

Sumber : AFP/NT/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan