PM Thailand tolak desakan letak jawatan, siap hadapi bantahan baru
Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha berkata beliau tidak akan meletak jawatan walaupun bantahan-bantahan di Bangkok menggesa agar beliau melakukan demikian.
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha berkata beliau tidak akan meletak jawatan walaupun bantahan-bantahan di Bangkok menggesa agar beliau melakukan demikian.
Encik Prayut juga melanjutkan dekri darurat kepada 30 hari lagi, melainkan keadaannya reda.
Encik Prayut menambah undang-undang tersebut akan digunakan ke atas mereka yang melanggar pengharaman terhadap perhimpunan politik.
Para penunjuk perasaan anti pemerintah berikrar untuk kembali ke jalan-jalan raya Bangkok sebagai membantah dekri darurat itu.
Ribuan berhimpun di Ratchaprasong pada Khamis (15 Okt), dengan bersorak sepanjang malam.
Pihak polis menyatakan akan menutup semua jalan-jalan raya yang menghala ke kawasan tersebut.
Perubahan kepada sistem beraja adalah tuntutan utama para penunjuk perasaan yang juga mahukan agar Encik Prayut mengundur diri.
Media tempatan menyatakan sekitar 50 orang ditahan sejak bantahan berlaku Selasa lalu.
Parti pembangkang terbesar Thai Parti Pheu Thai pula menyangkal penjelasan kerajaan Thai dan menyifatkan dekri darurat hanya satu alat politik untuk mengehadkan kebebasan bersuara.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.