Images
  • thai
    (Gambar: Reuters)

PM Thailand prihatin bantahan pelajar yang semakin meningkat

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-ocha berkata beliau prihatin dengan bantahan para pelajar yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Sekurang-kurangnya 3,000 orang mengadakan bantahan di Universiti Thammasat di pinggir ibu kota Bangkok pada Isnin (10 Ogos).

Mereka menggesa PM Prayut meletak jawatan dan ditamatkan penguasaan tentera dalam arena politik Thailand.

Para mahasiswa dari Kumpulan Pro-Demokrasi Universiti Thammasat juga membuat tuntutan 10 perkara bagi pembaharuan sistem raja negara itu.

Tindakan mereka itu melanggar larangan puluhan tahun mempersoalkan peranan dan kuasa raja.

PM Prayut sudah memberi amaran kepada para penunjuk perasaan supaya tidak melibatkan raja dalam bantahan mereka.

Di Thailand, sesiapa yang menghina dan memalukan raja negara itu boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun.

- AFP/MU/na

Top