Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Thailand mengaku pilihan raya negara mungkin ditangguh sekali lagi

Buat pertama kalinya, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mengaku secara terbuka bahawa pilihan raya negara itu mungkin akan ditangguhkan sekali lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jan 2019 06:48PM Dikemas Kini : 17 Jan 2019 08:58PM

BANGKOK: Buat pertama kalinya, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mengaku secara terbuka bahawa pilihan raya negara itu mungkin akan ditangguhkan sekali lagi.

Jeneral Prayut menjelaskan bahawa pihak berkuasa sedang melakukan persiapan untuk istiadat pertabalan Raja.

Oleh demikian, kegiatan-kegiatan pilihan raya, seperti pengumuman keputusan dan penubuhan kerajaan baru, tidak seharusnya dijalankan serentak dengan upacara itu.

Istiadat pertabalan Raja Maha Vajiralongkorn akan berlangsung dari 4 hingga 6 Mei.

Encik Prayut bagaimanapun tidak memberikan sebarang perincian mengenai tarikh pilihan raya tersebut.

Beliau setakat berkata ia akan diadakan sebelum tarikh akhir 9 Mei.

Ini adalah kali kelima pilihan raya tersebut ditangguhkan, sejak berlaku rampasan kuasa oleh pihak tentera pada 2014.

Gerakan-gerakan pro-pilihan raya sudah mengadakan tunjuk-tunjuk perasaan sejak minggu lalu sebagai tanda bantahan terhadap Kerajaan tentera.

Mereka menuduh Kerajaan tidak memenuhi janjinya untuk mengadakan pilihan raya pada 14 Februari ini.

Kumpulan-kumpulan tersebut menetapkan esok (18 Jan) sebagai tarikh muktamad untuk kerajaan menjelaskan pendiriannya berhubung pilihan raya berkenaan.

Mereka berikrar akan memperhebatkan bantahan jika tiada tarikh ditetapkan bagi pengundian.

Sumber : AFP/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan