Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Thai seru rakyat bersatu atasi krisis ekonomi angkara COVID-19

Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan o-cha menyeru seluruh negara agar bersatu menangani kejatuhan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Thai seru rakyat bersatu atasi krisis ekonomi angkara COVID-19

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 14 Aug 2020 03:27PM Dikemas Kini : 14 Aug 2020 03:32PM

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Jeneral Prayuth Chan o-cha menyeru seluruh negara agar bersatu menangani kejatuhan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Dalam ucapan ditujukan ke seluruh negara pada malam semalam (13 Ogos), Prayuth berkata Thailand, yang amat bergantung kepada eksport dan pelancongan, sangat terjejas dengan krisis ekonomi dicetuskan oleh COVID-19.

"Kita tidak dapat lari dari ribut. Kita hanyalah sebuah kapal kecil di lautan besar dan ekonomi kita hanya dapat kembali normal ketika ekonomi negara lain juga mula kembali normal,” katanya.

Minggu lalu, Thailand menubuhkan pasukan ekonomi baru setelah Somkid Jatusripitak (bekas Timbalan Perdana Menteri) dan tiga menteri kabinet termasuk Menteri Kewangan meletak jawatan pada Julai.

Pasukan ekonomi baru itu diketuai Timbalan Perdana Menteri Supattanapong Punmeechaow - yang juga Menteri Tenaga dan Menteri Kewangan Preedee Daochai.

"Ekonomi adalah ancaman besar bagi kehidupan kita seperti ancaman kesihatan. Itulah sebabnya saya melantik pakar bukan politik dan pakar luar untuk menguruskan portfolio kewangan penting," kata Prayuth.

"Mereka adalah individu yang disegani dengan moral yang teguh dan mempunyai rekod profesional yang panjang dan cemerlang," katanya.

Prayuth berkata, kerajaan akan terus memberikan bantuan jangka pendek kepada rakyat dan memulakan program yang tepat ke arah pemulihan ekonomi yang mampan, memberikan insentif untuk membantu agar rakyat terus bekerja dan supaya perniagaan menjadi kompetitif dan “perlu ada rancangan untuk pekerjaan golongan muda."

Pada Jun, Parlimen Thailand meluluskan pakej rangsangan 1.9 trilion baht yang bertujuan untuk mengurangkan kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19 di negara itu.

Ketika beberapa siri tunjuk perasaan antikerajaan yang dipimpin oleh pelajar sejak 18 Julai, Prayuth mengatakan "kita mesti fokus kepada kelangsungan ekonomi yang berpuluh juta".

"Mari majukan ekonomi; pertama, selesaikannya dengan bekerja bersama-sama, dan kita dapat menyelesaikan masalah lain, secara bekerjasama, kemudian. "


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Bernama/AW/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan