Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Sri Lanka yang disingkir ancam bantahan di jalan raya

Ketegangan politik di Sri Lanka dijangka terus meningkat.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Sri Lanka yang disingkir ancam bantahan di jalan raya

Perdana Menteri Sri Lanka yang disingkir, Ranil Wickremesinghe, semasa satu sidang media. (Gambar: Dinuka Liyanawatte/Reuters)

Diterbitkan : 29 Oct 2018 07:20PM Dikemas Kini : 29 Oct 2018 07:23PM

COLOMBO: Ketegangan politik di Sri Lanka dijangka terus meningkat.

Parti pimpinan Perdana Menteri yang dipecat, Ranil Wickremesinghe, mengancam untuk mengadakan bantahan di jalan-jalan raya.

Menurut laporan akhbar tempatan Daily Mirror, Parti Kebangsaan Bersatu Sri Lanka menyifatkan pemecatan Encik Wickremesinghe sebagai satu rampasan kuasa.

Parti itu mendesak parlimen supaya bersidang untuk menyingkirkan Presiden Maithripala Sirisena kerana memecat Encik Wickremesinghe.

Keadaan semakin tegang semalam (28 Okt) apabila para pegawai keselamatan melepaskan tembakan rambang di luar Kementerian Petroleum Sri Lanka, meragut nyawa seorang lelaki berusia 34 tahun.

Bantahan yang bertukar ganas semalam (28 Okt) tercetus ketika Menterinya, Arjuna Ranatunga dari kabinet Encik Wickremesinghe yang disingkirkan, cuba memasuki pejabatnya.

Pada Jumaat (26 Okt), Presiden Sirisena memecat Encik Wickremesinghe dan menggantikannya dengan mantan presiden Mahinda Rajapaksa.

Parlimen negara itu pula digantung hampir tiga minggu.

Presiden Sirisena mendakwa Encik Wickremesinghe berkomplot untuk membunuhnya.

Namun mengikut perlembagaan negara itu yang dipinda pada 2015, Presiden Sri Lanka tiada kuasa untuk memecat seorang perdana menteri. 

Sumber : Agensi berita/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan