Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM New Zealand terima manifesto pengganas 9 minit sebelum serangan Christchurch

Angka korban akibat serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Linwood sudah meningkat kepada 50 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Mar 2019 03:32PM Dikemas Kini : 17 Mar 2019 11:24PM

CHRISTCHURCH: Angka korban akibat serangan pengganas di Masjid Al Noor dan Linwood sudah meningkat kepada 50 orang.

Bercakap kepada para wartawan, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata identiti para mangsa hanya boleh disahkan selepas proses mengenal pasti selesai dilakukan.

Mayat mangsa serangan akan mula diserahkan kepada keluarga mereka mulai petang ini (17 Mac).

Sementara itu, Cik Adern berkata beliau menerima manifesto dari pengganas serangan dua masjid di Christchurch itu, beberapa minit sebelum serangan tersebut berlaku pada Jumaat lalu.

"Saya antara lebih 30 orang yang menerima manifesto itu sembilan minit sebelum serangan berlaku," kata Cik Arden kepada para wartawan hari ini (17 Mac).

Bagaimanapun, manifesto itu tidak mengandungi maklumat untuk membolehkan pihak berkuasa bertindak.

"Ia tidak menyatakan tempat atau maklumat terperinci," katanya, sambil menambah bahawa ia kemudian dihantar kepada jabatan keselamatan dua minit selepas beliau menerima manifesto tersebut.

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan