Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Muhyiddin menghadap Agong

Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara hari ini (9 Jun) bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Anggaran Waktu Membaca:
PM Muhyiddin menghadap Agong

Kenderaan rasmi PM Muhyiddin memasuki pekarangan Istana Negara pada 9 Jun 2021 (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 09 Jun 2021 09:47AM Dikemas Kini : 09 Jun 2021 10:09AM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara hari ini (9 Jun) bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. 

Kenderaan rasmi Encik Muhyiddin dilihat memasuki pintu utama Istana Negara pada 7.50 pagi.

Secara kebiasaannya, Encik Muhyiddin selaku Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung pada Rabu, bagi menyembah maklum perkembangan pentadbiran negara.

Difahamkan, Sultan Abdullah dijadual menerima menghadap ketua-ketua parti politik negara, termasuk Encik Muhyiddin selaku Presiden Bersatu, secara berasingan bermula hari ini.

Pada 8.56 pagi, kenderaan rasmi Encik Muhyiddin dilihat beredar meninggalkan Istana Negara, selepas selesai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Astro Awani melaporkan, antara pemimpin yang telah mengesahkan kehadiran ialah Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang dijadual tiba pada 10.00 pagi ini.

Selain itu, turut mengesahkan menerima perkenan menghadap ialah parti DAP, yang akan diwakili oleh setiausahanya Lim Guan Eng pada sebelah petang.

Difahamkan, Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan diwakili Presidennya, Mohamad Sabu akan turut mengadakan pertemuan hari ini.

Setakat ini, UMNO masih belum mengesahkan sesi pertemuan dengan Sultan Abdullah, lapor Astro Awani.

Dalam perkembangan sama, parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad, turut mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Khamis.

Sumber : Bernama/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan