Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Morrison akur krisis kebakaran Australia seharusnya ditangani 'lebih baik'

Perdana Menteri Australia Scott Morrison akur krisis kebakaran belukar di negaranya seharusnya boleh ditangani "dengan lebih baik". Kenyataan tersebut dikeluarkan pada Ahad (12 Jan) sedang beliau berdepan dengan kritikan hebat mengenai cara kerajaan Australia menangani krisis itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
PM Morrison akur krisis kebakaran Australia seharusnya ditangani 'lebih baik'

Perdana Menteri Australia Scott Morrison. (Gambar: AFP/Diego Opatowski)

Diterbitkan : 12 Jan 2020 06:58PM Dikemas Kini : 12 Jan 2020 07:04PM

SYDNEY: Perdana Menteri Australia Scott Morrison akur krisis kebakaran belukar di negaranya seharusnya boleh ditangani "dengan lebih baik".

Kenyataan tersebut dikeluarkan pada Ahad (12 Jan) sedang beliau berdepan dengan kritikan hebat mengenai cara kerajaan Australia menangani krisis itu.

Encik Morrison memberi jaminan kerajaannya sedang berusaha melaksanakan langkah-langkah bagi menangani masalah perubahan iklim.

Ini dilakukan di bawah satu rangka kerja jangka panjang.

Beliau turut memberi penghormatan kepada seorang anggota bomba berusia 60 tahun yang mati dihempap pokok tumbang semasa bertugas.

Angka kematian krisis kebakaran belukar di Australia kini mencecah sekurang-kurangnya 28 orang.

Kebakaran itu juga meranapkan lebih 2,000 rumah sejak September tahun lalu.

Cuaca baik bagaimanapun diramalkan di tenggara Australia minggu akan datang.

Pihak berkuasa merebut peluang itu untuk mempergiat usaha memadamkan kebakaran yang berterusan selama berminggu-minggu kerana tiada hujan lebat.  

Sumber : Agensi berita/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan