Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM M'sia berkata Jepun timbangkan sokongan kewangan kelak

Jepun bersedia menghulurkan sokongan kepada Malaysia untuk membantu negara itu menangani masalah kewangan jika perlu, kata Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada Selasa (6 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
PM M'sia berkata Jepun timbangkan sokongan kewangan kelak

Perdana Menteri Shinzo Abe dan Dr Mahathir. (Gambar: Toshifumi Kitamura/Reuters)

Diterbitkan : 06 Nov 2018 03:28PM Dikemas Kini : 06 Nov 2018 03:32PM

TOKYO: Jepun bersedia menghulurkan sokongan kepada Malaysia untuk membantu negara itu menangani masalah kewangan jika perlu, kata Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada Selasa (6 Nov).

"Perdana Menteri (Shinzo) Abe memberi jaminan bahawa, sekiranya, pada masa kelak, kami memerlukan bantuan Jepun bagi menyelesaikan masalah kewangan kami, beliau bersedia dan kerajaan Jepun bersedia untuk menimbangkannya," kata Dr Mahathir dalam satu sidang berita.

Bulan ini, Malaysia mengumumkan belanjawan lebih tinggi bagi 2019 dan meramalkan defisit fiskal yang lebih besar, sedang pentadbiran baru Dr Mahathir bergelut dengan hasil yang berkurangan dan beban hutang besar yang ditinggalkan oleh pentabiran sebelumnya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan