Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Lee seru G20 pertingkat kerjasama kemampanan, rangka kerja mesra alam

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyeru kerjasama antarabangsa ditingkatkan bagi inisiatif kemampanan serta rangka kerja pembiayaan mesra alam.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Lee seru G20 pertingkat kerjasama kemampanan, rangka kerja mesra alam

PM Lee Hsien Loong di sidang G20. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 31 Oct 2021 07:31PM Dikemas Kini : 31 Oct 2021 10:25PM

ROME: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyeru kerjasama antarabangsa ditingkatkan bagi inisiatif kemampanan serta rangka kerja pembiayaan mesra alam.

PM Lee berkata demikian semasa berucap di satu sesi mengenai Perubahan Iklim dan Sekitaran, pada hari kedua sidang puncak G20.

Beliau menggesa G20 agar menawarkan kepimpinan dan bertindak secara kolektif.

Salah satu cara adalah untuk segera memanfaatkan teknologi yang menurutnya akan mengurangkan pengeluaran gas pencemaran secara lebih mampan.

Pada masa yang sama, negara-negara juga harus meningkatkan pembiayaan swasta bagi membantu firma-firma dan pertubuhan melaksanakan strategi mampan.

"Ini boleh dipercepatkan dengan menggabungkan satu set piawai global bagi pernyataan dan pelaporan kegiatan mesra alam," kata beliau.

PM Lee menambah negara-negara juga harus bekerjasama lebih rapat berhubung projek-projek mesra alam seperti pasaran kredit karbon. 

Sumber : CNA/EM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan