Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Korea Selatan mohon maaf langgar peraturan majlis keramaian

Perdana Menteri Korea Selatan Kim Boo Kyum pada Jumaat (12 Nov) mengemukakan permohonan maaf kerana melanggar peraturan penjarakan sosial COVID-19 ketika mengadakan majlis keramaian bersama alumni kolejnya minggu lepas.

Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Perdana Menteri Korea Selatan Kim Boo Kyum pada Jumaat (12 Nov) mengemukakan permohonan maaf kerana melanggar peraturan penjarakan sosial COVID-19 ketika mengadakan majlis keramaian bersama alumni kolejnya minggu lepas.

"Saya memohon maaf. Saya berjanji akan memastikan perkara itu tidak berulang lagi," katanya dalam satu mesyuarat penyelarasan hal ehwal dalam negeri.

Menurut Agensi Berita Yonhap, Encik Kim dikecam selepas media melaporkan seramai 11 orang termasuk Encik Kim menghadiri majlis makan tengah hari di kediaman perdana menteri itu di Seoul pada Sabtu lalu (6 Nov).

Ia dikatakan melanggar peraturan perhimpunan persendirian pemerintah yang hanya membenarkan penyertaan tidak melebihi 10 orang. 

Pemerintah sebelum ini menaikkan had kehadiran tetamu dalam perhimpunan persendirian kepada 10 orang bermula 1 November di bawah skim “hidup bersama COVID-19”.

Menurut penjelasan pejabat perdana menteri jamuan tengah hari itu sepatutnya dihadiri hanya 10 orang tetapi seorang daripada tetamu membawa isterinya.

"Saya tidak boleh menyuruh isteri kawan saya meninggalkan majlis itu, tetapi apa pun alasannya, memang benar saya telah melanggar peraturan," kata Encik Kim.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan