Images
  • pm canada
    Perdana Menteri Justin Trudeau. (Gambar: Martin Acosta/Reuters)

PM Kanada selar China atas penahanan dua warganya

TORONTO: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Jumaat (11 Jan) menyelar China sekali lagi atas penahanan dua warga Kanada dan mempertahankan tindakan Kanada menangkap seorang eksekutif kanan China atas permintaan Amerika Syarikat. Ia sekaligus mencetuskan pertikaian diplomatik antara Kanada dengan China.

"Tindakan China yang sewenang-wenangnya dan secara tidak adil menahan dua warga China dikesali," katanya kepada para wartawan di Regina, bandar bahagian barat Saskatchewan.

Kedua-dua warga Kanada itu ditahan bulan lalu selepas penangkapan Meng Wanzhou, ketua pegawai kewangan bagi Huawei Technologies Co, di Vancouver pada 1 Dis.

Dalam satu rencana akhbar yang berpangkalan di Ottawa, Hill Times pada Rabu, Duta Lu Shaye berkata bahawa tuntutan Kanada supaya kedua-dua lelaki itu dibebaskan mencerminkan "dwistandard" yang berakar dari "egotisme dan kepercayaan kedudukan tinggi kulit putih oleh Barat".

Encik Trudeau, apabila diminta memberi komen berkata bahawa Kanada hanya bertindak berdasarkan kedaulatan undang-undang. Cik Meng sudah dibebaskan dengan ikat jamin dan menetap di rumahnya di Vancouver sementara menanti prosiding lanjut untuk beliau dihantar pulang ke negara asalnya.

"Kanada adalah negara diasaskan kedaulatan undang-undang. Ini adalah sesuatu yang kami akur dan hargai," kata Encik Trudeau. "Kami mempunyai sistem pengadilan yang tidak tertakluk kepada campur tangan politik."

- Reuters/NA/na

Top