Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Kanada pecat duta negara ke China setelah komen berhubung Huawei

Dalam satu tindakan yang tidak pernah berlaku, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Sabtu (26 Jan) berkata bahawa beliau memecat duta negara Kanada ke China, yang mencetuskan kekecohan politik kerana komen-komennya berhubung kes ekstradisi Ketua Pegawai Kewangan Huawei yang berprofil tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Kanada pecat duta negara ke China setelah komen berhubung Huawei

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau. (Gambar: Patrick Doyle/Reuters)

Diterbitkan : 27 Jan 2019 07:22PM Dikemas Kini : 27 Jan 2019 07:26PM

OTTAWA: Dalam satu tindakan yang tidak pernah berlaku, Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Sabtu (26 Jan) berkata bahawa beliau memecat duta negara Kanada ke China, yang mencetuskan kekecohan politik kerana komen-komennya berhubung kes ekstradisi Ketua Pegawai Kewangan Huawei yang berprofil tinggi.

John McCallum telah memalukan pemerintah Liberal Encik Trudeau dengan berkata bahawa CFO Huawei Technologies Co Ltd, Meng Wanzhou boleh mengetengahkan alasan kukuh untuk tidak dihantar ke Amerika Syarikat.

Para ahli parlimen pembangkang dan mantan duta-duta menuduh Encik McCallum atas campur tangan politik yang tidak boleh diterima dalam satu urusan yang sudah menjejas teruk hubungan Kanada dengan China.

Meng, anak perempuan pengasas Huawei diberkas di Vancouver bulan lalu atas dakwaan melanggar sekatan-sekatan Amerika Syarikat terhadap Iran.

China kemudian menahan dua warga Kanada atas sebab keselamatan negara. Sebuah mahkamah China kemudian membuka semula kes seorang lelaki warga Kanada yang dijatuhi hukuman penjara kerana menyeludup dadah dan menjatuhkan hukuman mati ke atasnya.

"Semalam saya meminta dan menerima peletakan jawatan Encik John McCallum sebagai duta Kanada ke China," menurut Encik Trudeau dalam satu kenyataan yang tidak menjelaskan sebab-sebabnya.

Para diplomat veteran dan pakar-pakar memberitahu Reuters bahawa ia adalah kali pertama seorang duta Kanada dipecat secara rasmi.

Encik Trudeau berkata pada Khamis bahawa beliau tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menggantikan Encik McCallum, yang memohon maaf pada hari yang sama atas komen-komen yang dibuatnya awal minggu ini.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan