Images
  • pm kanada
    Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau. (Gambar: Patrick Doyle/Reuters)

PM Kanada nafi pejabatnya campur tangan kes rasuah SNC-Lavalin

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pada Khamis (7 Feb) menafikan laporan pejabatnya campur tangan dalam urusan kes rasuah dan penipuan membabitkan gergasi pembinaan Kanada SNC-Lavalin, lapor Xinhua.

Beliau berkata demikian menyusuli laporan akhbar The Globe and Mail menyatakan pegawai Pejabat Perdana Menteri cuba memujuk bekas peguam Jody Wilson-Raybould supaya menyelesaikan kes terbabit di luar mahkamah.

"Bukan saya atau sesiapa pun dari pejabatnya "mengarahkan" Wilson-Raybould, atau penggantinya David Lametti, "untuk membuat sebarang keputusan mengenai kes itu", katanya. 

Syarikat yang berpangkalan di wilayah Quebec itu didakwa memberi rasuah kepada pegawai pemerintah Libya di bawah pimpinan Muammar Gaddafi membabitkan sejumlah AS$36 juta (S$49 juta), selain menipu pertubuhan Libya dianggarkan bernilai AS$98 juta (S$133 juta) antara tahun 2001 dan 2011.

Kes kini dibicarakan di mahkamah dan jika disabit bersalah, SNC-Lavalin boleh dihalang bersaing bagi mendapatkan kontrak Kerajaan Kanada selama 10 tahun.

Dalam rombakan kabinet bulan lalu, Encik Trudeau menukar Wilson-Raybould yang memegang portfolio keadilan menjadi Menteri Hal Ehwal Veteran dan Menteri Pertahanan Bersekutu. 

- BERNAMA/NA/na

Top