Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Johnson mungkin tangguh rancangan UK longgarkan sekatan peringkat terakhir COVID-19

Encik Johnson dijadual mengumumkan pada Isnin (14 Jun) sama ada rancangan untuk melonggarkan sekatan, yang mengehadkan kontak sosial, menjelang 21 Jun nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Johnson mungkin tangguh rancangan UK longgarkan sekatan peringkat terakhir COVID-19

Perdana Menteri Britain Boris Johnson memakai pelitup muka. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Jun 2021 07:56PM Dikemas Kini : 12 Jun 2021 07:58PM

LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson dijangka menangguhkan pelonggaran baki sekatan COVID-19 di England sedang data mendedahkan peningkatan kes varian Delta yang menular lebih pantas, lapor media Britain.

Encik Johnson dijadual mengumumkan pada Isnin (14 Jun) sama ada rancangan untuk melonggarkan sekatan, yang mengehadkan kontak sosial, menjelang 21 Jun nanti.

Namun, penularan pantas varian Delta, yang pertama kali dikesan di India, menjejas rancangan itu. Ini bermakna langkah itu akan ditangguhkan lagi selama sebulan, kepada 19 Jul, menurut laporan Daily Telegraph.

Kerajaan Britain sentiasa menyatakan keputusan untuk melonggarkan sekatan pada setiap fasa bergantung kepada data dan awal minggu ini, Encik Johnson memberi amaran berhubung peningkatan kes baru-baru ini.

Sumber : Reuters/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan