Images
  • shinzo
    Gambar fail Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dengan Encik Shinjiro Koizumi.

PM Jepun rombak Kabinet, lantik ahli politik meningkat naik Koizumi

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe merombak kabinetnya hari ini (11 Sep).
Rombakan itu adalah yang pertama sejak gabungan parti Liberal Demokratik dan Komeito yang memerintah hilang dua pertiga majoriti dalam pilihan raya Dewan Tinggi Parlimen pada Julai lalu.

Encik Abe sudah mengekalkan sekutu-sekutunya dalam beberapa jawatan penting sementara 13 muka baru dilantik menyertai Kabinet.

Mereka termasuk Menteri Luar dan Menteri Pertahanan yang baru.

Encik Toshimitsu Motegi dilantik sebagai Menteri Luar yang baru, menggantikan Encik Kono Taro yang bertukar kepada portfolio pertahanan.

Encik Taro Aso dikekalkan sebagai Menteri Kewangan.

Seorang ahli politik yang semakin meningkat naik, Encik Shinjiro Koizumi dilantik sebagai Menteri Sekitaran.

Berusia 38 tahun, beliau merupakan anak kepada mantan Perdana Menteri Jepun, Encik Junichiro Koizumi.

- Agensi berita/MM/na

Top