Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Jepun mengaku lakukan perubahan dalam dokumen berhubung skandal kronisme

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe meminta maaf kepada rakyat Jepun selepas Kementerian Kewangan negara itu mengakui beberapa perubahan dilakukan terhadap dokumen-dokumen berkaitan dakwaan skandal kronisme yang mengaitkan beliau.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Mar 2018 07:28PM Dikemas Kini : 13 Mar 2018 12:16AM

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe meminta maaf kepada rakyat Jepun selepas Kementerian Kewangan negara itu mengakui beberapa perubahan dilakukan terhadap dokumen-dokumen berkaitan dakwaan skandal kronisme yang mengaitkan beliau.

PM Abe berkata perkembangan itu menggugat kepercayaan rakyat terhadap kerajaannya.

Menurutnya, siasatan akan diteruskan dan beliau mahu Menteri Kewangannya, Taro Aso menjelaskan fakta-fakta mengenai perubahan yang dilakukan itu.

Encik Aso memberikan penjelasannya dalam sidang media hari ini (12 Mac) dan beliau juga berkata tidak bercadang untuk meletakkan jawatan.

Encik Aso berkata perubahan-perubahan di dalam dokumen itu dilakukan oleh ahli-ahli birokrat di bahagian penjualan tanah Kementerian Kewangan.

Antara lain perkara-perkara yang merujuk kepada PM Abe dan isterinya serta Encik Aso dihapuskan daripada dokumen-dokumen berkaitan penjualan sebidang tanah kepada sebuah syarikat pengendali sekolah di Osaka.

Ahli-ahli politik pembangkang mendakwa syarikat berkenaan diberi potongan harga amat besar semasa pembelian itu pada tahun 2016 kerana mempunyai hubungan rapat dengan keluarga PM Abe.

Namun PM Abe berulang kali menafikan dakwaan pihak pembangkang itu dan menegaskan akan hanya meletak jawatan jika ada bukti menunjukkan beliau dan isterinya melakukan kesalahan itu. 

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan