Images
  • korea utara
    Gambar: REUTERS

PM Jepun kecam tindakan Korea Utara lancar peluru berpandu

SEOUL: Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga mengkecam tindakan Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu ke Laut Jepun, petang tadi (15 Sep).

Menyifatkannya sebagai satu ancaman kepada keamanan dan keselamatan, PM Suga juga berkata pelancaran peluru berpandu Pyongyang itu juga sebagai melanggar ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Beliau menambah, kerajaannya akan mengadakan sidang tergempar majlis keselamatan negaranya lewat hari ini.

Kata PM Suga, Jepun akan terus bekerjasama dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Beliau juga berkata negaranya bertekad untuk meningkatkan kewaspadaan dan pemantauan.

Pelancaran dua peluru berpandu balistik Korea Utara itu dijalankan dua hari selepas Pyongyang mendakwa menguji peluru berpandu yang baru.

Ia juga berlaku sehari selepas Jepun mengadakan mesyuarat dengan para wakil Amerika Syarikat dan Korea Selatan di Tokyo.

Mereka telah memutuskan untuk meneruskan interaksi dengan Pyongyang mengenai usaha menamatkan program senjata nuklear Korea Utara.

- REUTERS/AA/sm

Top