Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Jepun beri isyarat adakan pilihan raya kilat

PM Jepun beri isyarat adakan pilihan raya kilat.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Jepun beri isyarat adakan pilihan raya kilat

Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga. (Gambar: Rodrigo Reyes Marin/Pool via REUTERS)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 02:58PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 02:59PM

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Yoshihide Suga berkata beliau mungkin mengadakan pilihan raya kilat sebelum penggalnya sekarang sebagai ketua parti memerintah, Parti Demokratik Liberal (LDR) berakhir pada bulan September.

Demikian menurut akhbar Asahi.

Kenyataan itu, yang dibuat dalam rancangan televisyen lewat malam pada Selasa (6 Apr), dibuat di tengah-tengah spekulasi bahawa Encik Suga mungkin membubarkan parlimen selepas mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat lewat bulan ini.

Pilihan raya sebelum ini bagi dewan perwakilan rendah berlangsung pada 2017 dan yang seterusnya tidak perlu diadakan sehingga bulan Oktober tahun ini, meskipun perdana menteri Jepun itu mempunyai kuasa untuk membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya kilat.

"Memang ada peluang untuk membubarkan parlimen sebelum persaingan bagi kepimpinan LDP," kata Encik Suga, seperti yang dipetik daripada rancangan televisyen itu, menurut laporan Asahi, merujuk kepada pelantikan pemimpin bagi parti kerajaan itu.

Encik Suga memenangi kepimpinan LDP pada bulan September, mengambil alih mantan perdana menteri Shinzo Abe, yang mengundurkan diri atas sebab kesihatan.

Beliau berulang kali menyuarakan kebimbangan terhadap diadakan pilihan raya kilat, sambil menekankan perlunya tumpuan diberikan kepada usaha untuk membendung pandemik COVID-19 yang mencengkam ekonomi negara.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan