Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Israel lancar petempatan 'Trump Heights' di Golan

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Ahad (16 Jun) merasmikan sebuah petempatan baru di Bukit Golan, menamakan sempena "rakan hebat" negara itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Israel lancar petempatan 'Trump Heights' di Golan

Encik Benjamin Netanyahu lancarkan Trump Heights di Bukit Golan (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Jun 2019 11:42PM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 11:44PM

BUKIT GOLAN: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Ahad (16 Jun) merasmikan sebuah petempatan baru di Bukit Golan, menamakan sempena "rakan hebat" negara itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Encik Netanyahu mendedahkan papan tanda "Trump Heights" yang memaparkan bendera Israel dan Amerika bagi menandakan pelancaran tapak petempatan baru itu.

"Terima kasih PM @netanyahu dan Israel atas penghormatan ini," tulis Encik Trump di Twitter.

Majlis itu berlaku selepas Presiden Trump pada lewat Mac lalu mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas kawasan yang dirampasnya dari Syria semasa Perang Enam Hari 1967.

Israel merampas kawasan itu dalam tindakan yang tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.

"Bukit Golan milik Israel dan akan kekal begitu selamanya," isytihar Encik Netanyahu.

Encik Trump adalah "rakan hebat Israel yang mengambil keputusan tidak pernah diambil sebelum ini," tambah beliau.

Pembinaan di kawasan petempatan itu dirancang di kawasan yang kini diduduki empat keluarga warga Israel.

Ia akan dibina di atas bekas tapak kibbutz yang pertama kali dibina pada 1984.

Pelancaran petempatan itu akan "memacu pembangunan Bukit Golan" tambah Encik Netanyahu.

Sekitar 23,000 Druze - kaum minoriti Arab Muslim yang juga tinggal di Syria dan Lubnan - tinggal di kawasan diduduki di Golan, sementara 25,000 pendatang Israel mula menduduki kawasan itu sejak 1967.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan