Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Ismail Sabri bakal rasmi pembukaan sempadan VTL darat Johor-S'pura

Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob dijangka merasmikan pembukaan sempadan Laluan Perjalanan Penumpang Divaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor pada Isnin ini (29 Nov). 

Anggaran Waktu Membaca:
PM Ismail Sabri bakal rasmi pembukaan sempadan VTL darat Johor-S'pura

Kenderaan di Koswe Woodlands pada 17 Ogos 2020. (Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 27 Nov 2021 04:16PM Dikemas Kini : 27 Nov 2021 04:17PM

ISKANDAR PUTERI: Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob dijangka merasmikan pembukaan sempadan Laluan Perjalanan Penumpang Divaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor pada Isnin ini (29 Nov).

Menteri Besar Johor Hasni Mohammad bagaimanapun berkata lokasi perasmian bagi perjalanan darat antara Singapura dengan Johor Bahru, yang dijangka berlangsung kira-kira 10.00 pagi itu, belum dimuktamadkan lagi.

“Pembukaan ini pasti ditunggu-tunggu semua pihak dan amat penting bagi sektor ekonomi. Kesan daripada penutupan sempadan berikutan COVID-19 telah menyebabkan aktiviti perniagaan terjejas khususnya di Johor Bahru yang merupakan bandar yang sibuk.

“Tetapi dengan perbincangan antara dua negara serta kerjasama antara kerajaan pusat dengan negeri, akhirnya capai kata sepakat supaya VTL darat dan udara dilaksana. Kerajaan negeri amat menghargai keputusan ini,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Program Khas Rumah Johor di Gerbang Nusajaya di Iskandar Puteri hari ini (27 Nov).

Ketika di sidang media itu, Encik Hasni berkata meskipun jumlah penumpang VTL darat hanya melibatkan 1,440 orang pada minggu pertama pelaksanaan, ia adalah satu permulaan yang baik.

“Malah prosedur operasi standard (SOP) turut dapat ditambah baik, sekali gus akan membolehkan lebih ramai lagi orang dapat merentasi sempadan Malaysia-Singapura,” katanya.

Pada 18 November lalu, Encik Hasni memaklumkan VTL darat melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua dijangka dibuka serentak dengan VTL melibatkan laluan udara antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 November ini.

Perjalanan darat antara Singapura dengan Johor Bahru hanya merangkumi pemegang pas jangka panjang bagi mereka yang bekerja di Singapura dan Johor Bahru. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan