Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Habsyah pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2019

Perdana Menteri Habsyah Abiy Ahmed memenangi Hadiah Nobel bagi Keamanan tahun ini kerana usaha damai dalam menamatkan peperangan selama dua dekad bersama Eritrea.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Habsyah pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2019

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 11 Oct 2019 08:39PM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 08:41PM

OSLO: Perdana Menteri Habsyah Abiy Ahmed memenangi Hadiah Nobel bagi Keamanan tahun ini kerana usaha damai dalam menamatkan peperangan selama dua dekad bersama Eritrea.

Habsyah dan Eritrea terlibat dalam perang sempadan dari 1998 hingga 2000.

Kedua-dua negara itu memulihkan hubungan pada Julai 2018 selepas bermusuhan selama dua dekad.

Pemimpin termuda Afrika itu juga penggerak utama di sebalik ekonomi yang paling pesat berkembang di Afrika.

"Kami berbangga sebagai satu negara,"

"Ia kemenangan bersama bagi semua rakyat Habsyah dan satu seruan untuk memperkukuhkan azam kami untuk menjadikan Habsyah - harapan baru - sebuah negara makmur untuk semua," demikian menurut kenyataan oleh Pejabat Perdana Menteri Habsyah.

Jawatankuasa Nobel menyatakan Encik Abiy memenangi anugerah berprestif itu atas "usaha mencapai kedamaian dan kerjasama antarabangsa, khususnya, bagi inisiatif tegasnya untuk menyelesaikan konflik sempadan bersama Eritrea."

Ia juga menyatakan anugerah itu bertujuan mengiktiraf "semua pihak-pihak berkepentingan yang berusaha mencapai perdamaian di Habsyah dan kawasan timur dan timur laut Afrika.

Selain Encik Abiy, ramai yang juga menjangkakan aktivis muda terkenal dari Sweden, Greta Thunberg sebagai pemenang Anugerah Hadiah Nobel bagi Keamanan tahun ini.

Hadiah wang tunai AS$900,000 (S$1.2 juta) akan disampaikan di Oslo pada 10 Disember.

Sumber : Agensi berita/MM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan