Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Britain Theresa May umum letak jawatan

Dalam pengumuman penuh emosi, Perdana Menteri Britain, Theresa May, pada Jumaat (21 Mei) mengumumkan beliau akan meletak jawatan, mencetuskan persaingan bagi pemimpin baru yang dijangka menggesa pendirian lebih tegas berhubung Brexit.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Britain Theresa May umum letak jawatan

Perdana Menteri Britain, Theresa May, mengumumkan beliau akan meletak jawatan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 May 2019 06:56PM Dikemas Kini : 24 May 2019 07:00PM

LONDON: Dalam pengumuman penuh emosi, Perdana Menteri Britain, Theresa May, pada Jumaat (21 Mei) mengumumkan beliau akan meletak jawatan, mencetuskan persaingan bagi pemimpin baru yang dijangka menggesa pendirian lebih tegas berhubung Brexit.

Beliau menetapkan 7 Jun depan untuk meletak jawatan sebagi pemimpin Konservatif, selepas gagal memujuk pembuat dasar menyokong perjanjian Brexit yang dicadangkannya.

“Saya berasa amat sesal kerana gagal menyempurnakan Brexit,” kata Cik May dalam nada sebak di luar kediamannya di Downing Street.

Peletakan jawatan itu bakal menandakan permulaan perebutan kepimpinan yang menyaksikan Cik May kekal memangku jawatan Perdana Menteri.

“Saya akan meletak jawatan sebagai pemimpin parti Konservatif dan Kesatuan pada 7 Jun depan iaitu hari Jumaat. Proses memilih kepimpinan baru akan dilakukan pada minggu berikutnya,” kata Cik May.

Perlumbaan merebut kepimpinan itu dijangka memakan masa beberapa minggu.

Sumber : AFP/SU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan