Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Britain Theresa May menang usul undi tidak yakin

Perdana Menteri Britain Theresa May memenangi usul undi tidak yakin yang dibuat terhadapnya di Parlimen pada Rabu (12 Dis). Sejumlah 200 undi menyebelahi beliau, berbanding 117 yang menentang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Dec 2018 08:41AM Dikemas Kini : 13 Dec 2018 10:31PM

LONDON: Perdana Menteri Britain Theresa May memenangi usul undi tidak yakin yang dibuat terhadapnya di Parlimen pada Rabu (12 Dis).

Sejumlah 200 undi menyebelahi beliau, berbanding 117 yang menentang.

Keputusan diumumkan ketua jawatankuasa penyokong Parti Konservatif 1922 Graham Brady.

Ini bermakna Cik May kekal sebagai perdana menteri untuk tempoh setahun lagi.

Usul undi tidak yakin itu dikemukakan 48 Ahli Parlimen partinya sendiri.

"Saya berbesar hati mendapat sokongan rakan-rakan kerja dalam undian malam ini," kata Cik May di luar pejabatnya di Downing Street selepas keputusan diumumkan.

"Sebilangan ketara rakan kerja mengundi untuk menentang saya dan saya sudah dengar apa yang ingin mereka sampaikan."

Namun Cik May menekankan keutamaannya adalah "untuk meneruskan tugas bagi menghuraikan Brexit" dan melihat "ahli politik daripada pelbagai pihak bersatu".

Beliau memperolehi sokongan itu setelah berikrar untuk mengundurkan diri sebelum pilihan raya akan datang pada tahun 2022.

Nilai mata wang Britain mengukuh semula hasil keputusan itu.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan