Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Britain Boris Johnson batalkan lawatan ke India disebabkan COVID-19

PM Britain Boris Johnson batalkan lawatan ke India disebabkan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
PM Britain Boris Johnson batalkan lawatan ke India disebabkan COVID-19

Perdana Menteri Britain Boris Johnson memakai pelitup muka. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Apr 2021 06:24PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 06:26PM

LONDON: Perdana Menteri Britain Boris Johnson hari ini (19 Apr) membatalkan rancangannya untuk mengadakan lawatan ke India, yang dijadual pada minggu depan, disebabkan keadaan COVID-19 di India sekarang.

Demikian menurut pejabat Encik Johnson.

Encik Johnson sudahpun menangguhkan lawatannya sekali pada bulan Januari, apabila jangkitan COVID-19 berada di paras tinggi di Britain. Jumlah jangkitan di India buat masa ini melonjak sedang negara itu berdepan gelombang kedua penularan virus tersebut.

"Memandangkan keadaan koronavirus sekarang, Perdana Menteri Boris Johnson tidak dapat melakukan perjalanan ke India pada minggu depan," menurut satu kenyataan bersama Britain dan India, yang dikeluarkan oleh pejabat Encik Johnson.

"Sebaliknya, Perdana Menteri Modi dan Encik Johnson akan berunding pada hujung bulan ini untuk mencapai kata sepakat dan melancarkan rancangan hebat mereka bagi kerjasama masa depan antara Britain dengan India."

Hubungan dengan India dilihat sebagai komponen utama bagi program pasca Brexit Britain untuk merangsang perdagangan dengan negara-negara di luar Kesatuan Eropah dan usaha diplomatik untuk mempunyai lebih banyak pengaruh di rantau Indo Pasifik.

Britain sudah mengundang India untuk menghadiri sidang puncak Kumpulan Tujuh yang dianjurkannya pada Jun nanti.

Para pegawai kesihatan Britain semalam (18 Apr) menyatakan mereka sedang menjalankan siasatan ke atas varian COVID-19 yang berasal dari India tetapi belum mempunyai cukup bukti untuk meletakkannya dalam kategori sebagai varian yang dikhuatiri.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan