Images
  • theresa may 16 jan
    Cik Theresa May di Parlimen UK pada 16 Jan. (Gambar: HO/PRU/AFP)

PM Britain adakan rundingan dengan anggota parlimen pelbagai parti lewat hari ini

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May akan mengadakan rundingan dengan anggota-anggota parlimen pelbagai parti lewat hari ini (17 Jan), dalam usaha memecahkan kebuntuan berhubung Brexit.

Cik May mengekalkan kedudukannya setelah berjaya mendapatkan undi yakin dalam parlimen semalam (16 Jan) walaupun dengan undi majoriti yang tipis.

Undi tersebut diadakan setelah majoriti anggota parlimen menolak penjanjian Brexit yang dipersetujuinya dengan Kesatuan Eropah.

Cik May dijangka mengumumkan pelan alternatif pada Isnin depan.

Menjelang pertemuan hari ini Cik May menyeru pada Anggota Parlimen supaya bekerjasama dalam usaha mencapai satu huraian.

Bagaimanapun para penentangnya yang diketuai pembangkang Parti Buruh, dilaporkan akan membentangkan senarai tuntutan sebelum dapat bekerjasama. 

- AFP/MM/na

Top