Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Australia 'diserang' telur ketika berkempen

Seorang penunjuk perasaan membaling telur ke arah Perdana Menteri Australia Scott Morrison semasa satu acara kempen pilihan raya pada Selasa (7 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
PM Australia 'diserang' telur ketika berkempen

Gambar fail Perdana Menteri Australia Scott Morrison. (Gambar: Phil Noble/Reuters)

Diterbitkan : 07 May 2019 12:42PM Dikemas Kini : 07 May 2019 01:12PM

MELBOURNE: Seorang penunjuk perasaan membaling telur ke arah Perdana Menteri Australia Scott Morrison semasa satu acara kempen pilihan raya pada Selasa (7 Mei), menyebabkan telur itu terkena kepalanya. Insiden itu dirakam oleh stesen televisyen Australia.

Para pengawal keselamatan segera bertindak terhadap penunjuk perasaan wanita itu lalu mengheretnya keluar.

Encik Morrison mengusap-usap kepalanya setelah telur tersebut terkena kepalanya dan beliau kemudian membantu seorang wanita lanjut usia yang tertolak ke lantai dalam pergelutan itu.

"Kita akan berdiri teguh terhadap perbuatan kasar, sama ada ia dilakukan oleh aktivis pengecut yang tiada rasa hormat terhadap sesiapa pun mahupun ahli-ahli kesatuan yang bersikap tegar dengan mengancam perusahaan-perusahaan kecil serta kakitangan mereka di tempat kerja," kata Encik Morrison dalam catatannya di laman Twitter.

Insiden itu berlaku semasa Encik Morrison mengunjungi kawasan undi Albury di New South Wales, di mana seorang calon bebas menjadi calon pilihan, sedang para pengundi luar bandar dijangka tidak akan menyokong kerajaan persekutuan.

Wanita berkenaan kemudian memberitahu para wartawan bahawa tindakannya itu bertujuan untuk "menyampaikan mesej yang cukup jelas", sambil merujuk kepada Pulau Manus di Papua New Guinea, di mana Australia sudah lama menahan para pelarian, menurut wartawan daripada sebuah akhbar Australia.

Pada Mac, seorang remaja menyerang senator berhaluan kanan, yang menuduh program imigrasi New Zealand bertanggungjawab di sebalik tembakan rambang di dua buah masjid di negara itu.

Sumber : Reuters/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan