Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Australia digesa tubuh badan antirasuah demi pulih keyakinan awam

34 bekas hakim negara Australia menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Scott Morrison. Mereka menyeru agar ditubuhkan sebuah badan anti rasuah nasional bagi memulihkan keyakinan orang ramai terhadap proses politik Australia.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Nov 2018 10:31PM Dikemas Kini : 25 Nov 2018 10:34PM

AUSTRALIA: 34 bekas hakim negara Australia menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri Scott Morrison.

Mereka menyeru agar ditubuhkan sebuah badan anti rasuah nasional bagi memulihkan keyakinan orang ramai terhadap proses politik Australia.

Satu tinjauan pada Jun lalu menunjukkan 85 peratus penduduk Australia percaya sekurang-kurangnya beberapa anggota parlimen negara itu terlibat rasuah.

Sekitar 66 rakyat Australia pula menyokong penubuhan sebuah badan antirasuah nasional.

Parti Buruh yang membangkang turut menyokong idea itu tetapi kerajaan minoriti Australia yang berfaham konservatif, menentangnya.

Peguam Negara Australia, Christian Porter berkata penubuhan badan antirasuah itu akan memberi kuasa luar biasa untuk bertindak terhadap para pegawai perkhidmatan awam dengan takrifan rasuah yang terlalu luas.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan