Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PM Australia akui gagal lindungi kanak-kanak daripada jenayah

Perdana Menteri Australia Scott Morrison membuat kenyataan ke seluruh negara bagi meminta maaf kepada para mangsa penderaan seksual.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2018 07:50PM Dikemas Kini : 22 Oct 2018 09:08PM

CANBERRA: Perdana Menteri Australia Scott Morrison membuat kenyataan ke seluruh negara bagi meminta maaf kepada para mangsa penderaan seksual.

Menurut Encik Morrison, kerajaannya sudah gagal melindungi kanak-kanak daripada jenayah kejam yang sudah berlaku selama berdekad-dekad.

Menyusuli siasatan selama lima tahun, Suruhanjaya Diraja mendedahkan penderaan kanak-kanak berlaku di institusi-institusi merata Australia dan terdapat usaha sistematik untuk menyembunyikannya.

Encik Morrison berikrar akan mengeluarkan laporan tahunan bagi tempoh selama lima tahun mengenai kemajuan saranan-saranan yang diusulkan oleh jawatankuasa yang bertanggungjawab terhadap perkara itu.

Beliau juga berkata sebuah muzium akan didirikan bagi memastikan nasib para mangsa tidak diabaikan dan dilupakan.

Sumber : AFP/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan