Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PKR tidak patut salahkan SPR atas kesilapan sendiri

Gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PKR) tidak sepatutnya menuding jari terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung insiden beberapa calonnya tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas kesilapan mereka sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
PKR tidak patut salahkan SPR atas kesilapan sendiri

Pencalonan Encik Tian Chua (kiri) dari PKR ditolak SPR. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 29 Apr 2018 06:42PM Dikemas Kini : 29 Apr 2018 06:51PM

PUTRAJAYA: Gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PKR) tidak sepatutnya menuding jari terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung insiden beberapa calonnya tidak layak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas kesilapan mereka sendiri.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata tuduhan bahawa SPR mempunyai agenda tertentu dengan mengubah peraturan penamaan calon adalah tidak berasas kerana SPR sudahpun menjalankan tanggungjawabnya dengan baik.

"Mereka menuding jari terhadap SPR sama seperti satu jari tunjuk ke depan dan empat lagi jari menunjuk diri sendiri.

"Ikut dan akurlah undang-undang SPR dan saya percaya SPR juga ikut dan akur dengan undang-undang. Kalau kamu ada masalah parti, selesaikan masalah parti kamu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah tempat letak kereta bertingkat di Presint 9, hari ini (29 Apr).

Semasa proses penamaan calon PRU14 semalam (28 Apr), beberapa calon PKR hilang kelayakan bertanding.

Antaranya, Naib Presidennya Tian Chua yang tidak dapat mempertahankan kerusi Parlimen Batu apabila pencalonannya ditolak oleh SPR kerana telah dihukum denda RM2,000 (S$675) atas kesalahan menghina polis.

SPR turut menolak pencalonan calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah Dr Mohd Hafidz Rizal kerana disahkan muflis, manakala calon PKR DUN Rantau Dr S. Streram gagal mengemukakan borang pencalonan kerana tidak membawa pas calon.

Tengku Adnan berkata pakatan pembangkang juga sebelum ini dilihat cuba mencari alasan teknikal untuk mengharamkan UMNO menjelang PRU14 berikutan tindakan 16 anggota UMNO yang memfailkan semakan kehakiman bagi memohon parti itu dibubarkan.

"Tetapi dia lupa dalam Perlembagaan UMNO, ada klausa (menyebut) anggota yang membawa UMNO ke mahkamah secara automatik akan digugurkan," kata beliau.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan